Melihat Persembahan KUDA KEPANG DI KAMPUNG NENEK

Cerita Seram

April 24, 2026

Assalamualaikum, semua. Nama saya Hafiz, dari Johor Bahru. Saya nak cerita pengalaman yang saya alami dua tahun lepas. Sampai sekarang pun, saya masih tak boleh nak lupakan apa yang saya nampak malam tu.

Dulu, nenek saya tinggal di sebuah kampung kecil dekat Kluang, tempat yang jauh dari kota. Saya sangat rapat dengan nenek, jadi selalu lah saya pergi melawat dia pada hujung minggu.

Pada malam Sabtu, nenek mengajak saya tengok satu acara yang selalu diadakan di padang dekat rumahnya — iaitu kuda kepang.

Saya dengar sikit-sikit pasal benda ni, tapi tak pernah tengok sendiri. Jadi agak excited nak lihat persembahan tersebut

Lepas Maghrib, kami bergerak ke padang dan tiba di padang tersebut lebih kurang pukul lapan malam.

Ramai yang hadir pada malam itu. Saya lihat sekumpulan orang sedang sibuk menyiapkan alat-alat untuk persembahan.

Ada kira-kira sepuluh orang yang memakai pakaian yang berwarna-warni, memegang tongkat, dan membawa kuda-kuda mainan dari kayu dan kain.



Tepat jam 8:30 malam, bunyi gong dan gendang berbunyi. Alunan muzik mengiringi persembahan kuda kepang pada malam tersebut. Nenek duduk kat sebelah saya.

Saya agak terpegun melihat persembahan ini. Saya lihat serpihan kaca dimakan, badan disebat, berjalan di atas kaca. Pelik dan ajaib. Ini pertama kali saya melihat persembahan seperti ini.

Lebih kurang setengah jam persembahan, salah seorang penari mula melihat ke arah saya dengan mata yang tajam. Pada mulanya saya tidak endahkan. Tetapi bila matanya sering melihat ke arah saya, saya mula risau.

Bulu roma saya mula meremang. Entah la, mata mereka macam kosong je, takde fokus.

“Nenek, saya takut,” saya bisik dekat nenek.

“Jangan takut, cucu. Ni semua budaya kita,” jawab nenek.

Tiba-tiba, penari tadi lompat dan terbaring di tanah sambil merengek betul-betul di hadapan saya.

Tangan saya menggeletar, dan jantung berdegup laju. Penari yang lain terus menari, tapi yang terbaring tu macam asyik dengan dunia sendiri, mata tertutup, badan bergetar-getar.

Selang beberapa saat, penari itu membuka matanya dan merenung tajam ke arah saya. Nenek terus membisikkan kat saya dan mengajak saya pulang ke rumah tanpa memberi apa-apa alasan.

Dalam perjalanan ke rumah nenek, kami hanya diam sahaja. Nenek yang selalunya suka bercerita dan berceloteh lebih banyak berdiam.

Sampai sahaja kami di halaman rumah, Nenek pesan: cuci kaki, ambil wudhu. Kalau ada apa-apa berlaku malam ini, kejutkan nenek.



Saya yang dah seram sejak tadi makin bertambah takut setelah mendengar apa yang dipesan oleh nenek.

Saya tidur di bilik sebelah bilik nenek. Setelah solat, saya merehatkan badan di atas katil sambil cuba untuk tidur.

Saya tersedar pada malam itu kerana terdengar bunyi gong dan gamelan dari tingkap bilik. Bunyi semakin dekat dan kemudian bunyi itu hilang.

Selang beberapa ketika, saya dengar bunyi sebatan dan orang berlari-lari di depan pintu bilik. Seluruh bunyi yang saya dengar daripada persembahan tadi sekarang berada di dalam rumah nenek dan juga di persekitarannya.

Bulu roma saya meremang dan saya mula menggigil ketakutan. Saya cuba pekik memanggil Nenek, tetapi saya tak pasti kenapa Nenek tidak menyahut.

Nenek suruh jangan mengendahkannya dan mungkin itu mainan mimpi sahaja.

Sejak hari tu, kalau saya dengar apa-apa mengenai kuda kepang, maka saya akan jauhkan diri saya daripadanya.

Leave a Comment