Assalamualaikum kepada semua pembaca Ceritaseram.com
Nama saya Aminah, dari Johor Bahru. Saya nak kongsi pengalaman peribadi yang paling saya takut dalam hidup — pengalaman yang melibatkan ibu saya sendiri, dan saya masih tak dapat melupakan malam kejadian itu.
Saya seorang anak tunggal. Ayah saya telah meninggal sekitar 10 tahun lalu. Di rumah kami, hanya saya dan ibu sahaja yang tinggal.
Saya dan ibu sangat rapat, ialah dia sahaja yang saya ada. Ibu selalu luahkan perasaan keluh kesah beliau kepada saya.
Peristiwa seram ini terjadi sekitar tiga tahun lalu. Ibu saya waktu tu umur 58 tahun, sihat sihat je, tiada sakit kronik.
Pada malam kejadian, kami semua keletihan setelah pulang dari rumah Pak Long. Anak Pak Long, Hazim baru sahaja meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
Sepanjang kami di rumah Pak Long, tiada benda-benda pelik yang berlaku. Biasalah, kami tolong apa yang mampu. Setelah itu kami pulang.

Dalam perjalanan pulang dari Mersing, ibu ada mengadu sakit kepala. Saya cuma nasihatkan ibu untuk tidur dan berehat, mungkin ibu penat.
Setelah sampai di rumah kami, seperti biasa saya membersihkan diri dan mulai menyiapkan diri untuk tidur. Semasa saya membersihkan diri, saya mendengar bunyi tapak kaki yang berlari-lari di dalam rumah.
Kami tinggal di rumah sebuah, jadi bunyi sebegitu selalunya datang dari rumah kami sendiri. Bunyi yang asalnya perlahan-lahan semakin kuat seperti orang yang sedang berlari-lari.
Saya terus keluar dan memangil-manggil ibu saya. Tiada sesiapa di ruang tamu, saya buka pintu bilik ibu dan saya lihat ibu sedang tidur. Dalam hati saya berbisik, penat sangat ibu tu sampai tak tukar baju terus tidur.
Saya terus ke bilik saya dan tidur.
Pada waktu 2 pagi, saya terbangun dengan bunyi tapak kaki berlari-lari di dalam rumah. Saya bangun dan terus ke ruang tamu sekali lagi.
Bunyi pelik itu datang dari bilik ibu. Pada masa itu saya terfikir, “Eh, ibu nak ke toilet ke?” Tapi bila saya mengjengok ke dalam bilik ibu, saya lihat ibu sedang tidur je di atas katil. Pada masa yang sama, bunyi tersebut hilang.
Keesokkan harinya saya tidak sempat bertegur sapa dengan ibu kerana saya sudah lewat untuk ke tempat kerja. Saya cuma ternampak ibu sedang duduk bersendirian di ruang tamu. Saya cuma katakan, ibu saya pergi dulu.
Pada malam harinya, saya pulang dan ibu sekali lagi mengadu kepalanya sakit. Saya ambil minyak dan urut-urutkan kepala beliau hingga ibu tertidur.
Sekali lagi pada malam hari kedua, saya terjaga dari tidur kerana bunyi tapak kaki orang berlari-lari. Kali ini kerana saya sudah mengalami perkara yang sama pada malam sebelumnya, saya hanya membuka pintu bilik dan mengintai ke ruang tamu.
Apa yang saya nampak memang sesuatu yang luar biasa. Ibu saya berlari-lari dalam keadaan merangkak. Seolah-olah seekor kucing yang sedang berlari-lari.

Saya menutup pintu bilik saya dan menguncinya dari dalam. Bulu roma saya meremang, Zap!
Selang beberapa saat, bom bom bom bom bom. Pintu bilik saya diketuk-ketuk. Saya ketakutan dan terus ke atas katil dan menangis ketakutan sehingga tertidur.
Esok pagi saya ambil urgent leave, dan saya mula tanya ibu saya. “Ibu! Apa yang Ibu buat malam-malam buta?” saya tanya lagi. “Kenapa Ibu merangkak malam-malam? Aminah takut bu”
Ibu hanya diam tetapi mengeluarkan senyuman yang menakutkan. Ibu hanya merenung tajam ke arah saya sambil tersenyum.
Saya lari masuk kedalam bilik dan fikiran saya buntu. Apa nak buat ni?
Saya terus lari keluar dari rumah dan pergi ke rumah jiran sebelah sambil memanggil-manggil nama Makcik Suraya. Jiran sebelah rumah saya. Saya terangkan apa yang berlaku.
Makcik Suraya, menelefon Ustaz Sulaiman, Imam muda di masjid kejiranan kami. Ustaz datang dan mengubati ibu.
Ustaz ajar kami ruqyah syar’iyyah, dan suruh ibu saya banyak baca Ayatul Kursi setiap malam. Alhamdulillah, selepas hari tersebut, ibu saya dah kembali normal.
Mungkin cerita saya tak seram mana bagi korang, tapi bagi saya ia sangat traumatik
Semoga Allah melindungi kita semua. Bismillah ar-Rahman ar-Rahim.